Wednesday, March 3, 2010

baru bertatih....



assalamualaikum kpd semua..ahlan wasahlan semoga antum semua dlm keadaan sihat walafiat
alhamdulillah krn dgn izin-Nya dapat jua ana create satu tmp utk berkongsi pengalaman, nasihat atau pape lah yang bermakna pd kita semu
a

seperti antum semua tahu, ana ni baru aje belajar post dalam blog
jadi mungkin ada sedikit sebanyak kelemahan dalam post ni
insya allah ana akan men'update' blog ana ini sentiasa
dan insya allah akan bertambah baik

seperti apa yang kita boleh amik pengajaran dalam hadis 4 yg berkenaan dgn kejadian manusia dan qada' dan qadar
Allah telah mencipta manusia secara berperingkat2..

iaitu dari air mani> seketul darah> seketul daging> dikirimkan malaikat utk menghembus ruh dan
diperintahkn 4 kalimah:
--rezekinya
--ajal
--amalan
--celaka atau bahagia

proses penciptaan manusia adalah berperingkat2
begitu juga dgn kehidupan kita atau segala apa yg kita lakukan
utk mencapai tahap kesempurnaan perlulah scr beransur2

bukan setiap apa yg dilakukan terus mendapat hasil yg memberangsangkan
kita perlu bermula dgn sedikit2 utk mecapai tahap yg tertinggi

"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga."

kite juga boleh lihat kisah penciptaan manusia dalm surah (Al-Hajj:5)

Oleh itu, ana mohon doa drp semua agar sentiasa mendoakan ana supaya dapat istiqomah dlm mengepost di dlm blog ana ini

salam ukhuwwah semua