Thursday, May 20, 2010

Ubudiyyah

Alhamdulillah, jumaat lepas ana bersama 2 org sahibah lagi diizinkn Allah utk bersama-sama mencari tarbiyyah di bumi wakafan asrama KTD, tg chat. Memang travelling ini memerlukan semangat yg tinggi krn ianya mencabar kesabaran kami menunggu bas. Dr maktab ke KB. Dr KB ke tg chat. Huh, Alhamdulillah sampai.
DIsebabkn kereta TAK (kereta berjasa) ditarik oleh Allah. Salah satu nikmat telah ditarik membuatkn kami lebih menghargai nikmat lain yg masih diberikan Allah sampai saat ini.




Nikmat oksigen misalnya: pernahkah anda terfikir jika Allah berhentikan pengaliran oksigen dlm masa beberapa minit sahaja kita akan hilang dr bumi Tuhan ini. Nikmat sihat juga membolehkn kami akhirnya sampai ke tg chat buat pertama kalinya. Alhamdulillah. Thank you Allah!!

Dah kita tinggalkn permasalahan nikmat ini. Nah di sini ana mahu share la sedikit sebanyak apa yg dapat ditangkap dr perkongsian mk ck mai. (Thanks buat mk ck mai, semoga cepat sembuh). Apa yg kami bincangkn?? Ya ubudiyyah spt yg tertulis di tajuk.
Mengapa kita perlu ada ubudiyyah? Sbbnya kita mahu mendapatkn buah yg satu iaitu khasyatillah (takut pd Allah). Ya dgn adanya khasyatillah ini, kita akan terjaga drp melakukan dosa-dosa yg boleh membuatkn Allah murka. Begitu juga analoginya dgn anak pokok yg kita tanam misalnya. Mengapa ditanam? Mestilah demi mendapatkn buahnya. Betul x?

Selagi kita tidak ada perasaan takut pd Allah ini, selagi tak bersih hati dr benda yg menghalang drp keberkatan ilmu, maka susah la ilmu atau kebaikan menyerap ke dlm jiwa kita. Pernahkah kita terfikir bahawa mungkin doa kita yang tidak dimakbulkn selama ini disebabkan oleh hati kita yg penuh dgn tompok2 hitam sehingga menyukarkan hidayah masuk ke dalam. Jadi kita perlulah ada tazkiyyah. Apa itu tazkiyyah?? Tazkiyyah ialah pembersihan hati.
Siapa kata hati yg kotor tidak dpt dipulihkn? Sbb itulah adanya tazkiyyatun nafs.




PURPOSE vs GOAL?

PURPOSE= Dgn setiap nafas kehidupan dlm fikiran dn hati mesti nk buat /realisasikan ubudiyyah. Selagi bernyawa Allah nak kita buat ape dgn memberi kita kehidupan?? Jadi, kalau kite tak buat bermakna kita gagal . Sia2 saat tu kalau kita x buat apa yg Allah suruh.

GOAL= bila kita fokus kita akan sampai.

Firman Allah:
“Tidak aku ciptakan jin dn manusia melainkn utk beribadah pd-Ku” (51:56)

Di sini, Allah nk bgtau kita ‘powerful’ nya ibadah tu sbb pd permulaan ayat Allah letakkan tidak dn pd pertengahan ayat juga Allah letak melainkan. Jadi kita kene respon dgn seriusnya. X leh main-main. Ayuh tetapkn niat kita.!

LOVING SUBMISSION



Ape itu?? Penyerahan dgn penuh kecintaan. Dlm berubudiyyah, kita hendaklah menyerah segala yg ada pd kita. Kecintaan kita pd Allah. Penyerahan dgn penuh kecintaan ini adalah semata-mata demi Sang Pencipta. Allah telah memuji nabi Daud dlm firman-Nya:

“Bersabarlah atas segala apa yg mereka katakan dan ingatlah hamba Kami Dawud yg mempunyai kekuatan, sesungguhnya dia amat taat kpd Tuhan.” (38:17)

Terang2 Allah dah puji nabi Daud dgn mengatakan beliau taat pd Tuhan. Sbg hamba kita mesti kene sentiasa ada khuluk (jamak bh akhlak). Khuluq itu mestilah konsisten. Contonya sabar, khauf, harap, hina dn lain2. Kalau x de, x fully ubudiyyah lagi.

Apabila punyai khuluq yg konsisten ini, akan melahirkan nihayatul khuluq.
Bagaimana nak capai pulak??
Kene ade 2 perkara kalau kita nk capai ubudiyyah ni iaitu ilmu dn tazkiyah (menyucikan jiwa). Boleh rujuk (62:2). Kalau x de dua ni, kita x kan dpt laksanakn ubudiyyah ni.

Secara terperincinya nafs kita terdiri drp 4:
i) Bahimi
(cattle like nafs= keperluan hidup spt makan, tido, berhibur dll)
ii) Subui
(predator like nafs= kemahuan mengusai org lain)
iii) Syaitani
(Tipu, mengumpat, mengutuk)
iv) Malaikat
(Taqarrub, ada khuluk baik)

Nafs inilah yg menjadi penentu yg menjadikan hati baik atau jahat? Yg menhalang hati kita bersih dr karat2 jahiliyyah.

Nafs bahimi mmg perlu ada bg setiap manusia. Tapi kene pandai2 kawal. Kalau x de maknanya bukan manusia.
Kalau kita ade nafs subui dn syaitani, berjaga2 la.
Hakikatnya kita mestilah selalu muhasabah diri kita. Kene kenal nafs diri kita sama ada bahimi? Subui? Syaitani? Atau malaikat?

Mission statement kita skrg ialah “iyyakanasta’in” kpd-Mu aku meminta pertolongan. Kalo kita dah rase cukup dgn apa yg kita dah buat maksudnya iyyakanasta’in x de dlm diri kita. Padahal tiap2 hari kita sebut perkataan tu.

Jadi, ayuh muhasabah diri!

p/s: buat tiqah n nad: thanks dpt luangkn masa 4 same2 mancari tarbiyyah. Moga Allah meredhai kita semua.
Buat aniq: Syukran kene dtg amik kami kt depan billion. Hehe.