Friday, May 7, 2010

JANGAN LUPAKAN KAMI..JANGAN LUPAKAN KAMI..JANGAN LUPAKAN KAMI…




Subhanallah, tersentuh hatiku apabila mendengar perkongsian drp Bro Noorazman:


Sampai sekarang masih terngiang-ngiang

“jangan lupakan kami, jangan lupakan kami, jangan lupakan kami”

Perasaan bersalah menyelubungii diri ini. Siapakah aku dihadapan Allah swt nanti?? Adakah aku bukan termasuk dr golongan mukmin: Firman Allah:

“sesungguhnya mukmin itu bersaudara, ….”

Sedangkan aku di sini hanya boleh melihat dr kejauhan. Siapakah aku utk turut sama membantu berjihad di Palestin? Merasa diri sungguh kurang jika dibandingkn dgn saudara di Palestin. HDA mereka sungguh kuat tapi aku?? Di manakah kita?

Bagi mereka suatu keaiban jika tiada seorang pun antara ahli sesebuah rumah yang menghafaz al quran. Tengok sahaja lah kpd para mujahid di sana yg pernah dikurung di dlm penjara dan diseksa.

Memang tidak dapat disangkal lagi Israel bijak. Semua anggota badan telah diseksa dengan teruk sekali. Akan tetapi para mujahid tetap tabah menghadapi ujian itu. Mereka hanya menyibukkan diri mereka dengan berzikir pada Allah. Dengan menyibukkan diri mereka berzikir kpd Allah akan dapat melupakan segala kesakitan seksaaan yg diterima.

Dicucuk setiap urat saraf, diberi renjatan elektrik di kepala, dipijak perut, diketuk setiap tulang rusuk sehingga patah seterusnya menyebabkannya lumpuh seluruh anggota badan dr leher ke bawah.

Syeikh Ahmad Yasin tidak pernah mempersoalkn penderitaan yg diterimanya kpd Allah,tidak pernah merungut sedikit pun atas segala yg diterimanya. Kita bandingkan dengan diri kita ini, memang amat jauh sekali. Walau diuji dengan kesusahan sedikit pun masing-masing terus merungut.

Jika dilihat dr aspek pemakanan, kita masih diberikan kesempatan untuk memakan makanan kegemaran masing-masing. Sebaliknya pula bagi penduduk Palestin yang mana telah sampai masa mereka terpaksa menanam rumput yg cepat panjang bagi dijadikan sebagai makanan harian mereka. Kita masih diberi peluang utk menikmati kelazatan makanan ciptaan Tuhan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berebut untuk membuat derma sebelum 15hb Mei 2010 di mana peserta konvoi akan bertolak ke Gaza insya allah. Insya allah dengan menderma akan dapat membantu mereka sedikit sebanyak demi meruntuhkan tembok kematian.

Siapa2 yg menolong menyiapkan sesiapa yg bantu agama Allah , apa yg mereka dapat kita pon akan dapat sama macam mereka dapat.

Jom kita sama2 membantu saudara-saudara kita di sana!!


TAKBIR...ALLAHUAKBAR!

2 comments:

  1. bukan mudah untuk kita meletakkan diri kita seperti apa yng mereka lalui..sgt memilukan..subhanallah..kite bersenang-lenang n mudah je wat perkara2 lagha kat cni especially wktu blik cuti t, tpi mereka setiap detik n waktu xberhenti perthankan bumi yg mereka cintai..rase berslah sgt..ampunilah kami ya ALLAH, yg tidak mampu berbuat apa2 untuk mereka disana..jika ade pon sumbangan kite hnye sekelumit shja berbnding pengorbanan mereka memperthankan Al-Quds..astaghfirullah hal 'azim..ampuni kmi..

    ReplyDelete