Sunday, June 13, 2010

perkongsian roadshow di KT

Alhamdulillah dgn izin-Nya dapat juga ana menyertai sahabat dan sahibah yg lain dlm menjayakan roadshow kali ini.

Kami ditugaskn utk menyambut ketibaan Dr Syed Haleem di airpot seawal jam 7 pg lagi. Dgn izin Allah flight yg dinaiki oleh belia ditunda menyebabkn kelewatan. Akhirnya, beliau tiba pd pukul 8.45pg.



Beiiau telah berkongsi pengalaman di beberapa tempat:

-sek men agama swasta kampung laut
-dijemput utk on air bersama radio terengganu
-masjid putih
-masjid kg batin
-masjid batu burok

dlm perkongsian beliau menceritakan pengalaman di atas kapal dan semasa detik2 cemas ketika diserang oleh komando2 israel. Bagaiman Allah menolong mereka dgn mendatangkn angin yg kuat yg seterusnya membawa gas2 pemedih mata hilag dr kapal.

beliau juga turut menceritakan bahawa komando2 israel ini sebenarnya penakut kerana mereka takut utk bertentang mata dgn peserta konvoi. Mereka akan terus melarikan pandangan mata jika tertentang dgn peserta konvoi.

Dr Syed juga menceritakn bahawa beliau meminta supaya komando menghantar beberapa peserta yg cedera ke hospital dgn segera. Akan tetapi dgn tidak malunya komando tersebut mengatakan bahawa ini adalah perairan antarabangsa. Oleh itu, susah tidak boleh menbawa peserta yg cedera dgn sewenang-wenangnya ke hospital di israel. Di sini dengan tidak malunya mereka mengaku bahawa ini adalah perairan antarabangsa. Tetapi mereka tetap menyerang kapal. Jika diikutkan peraturan antarabangsa, kapal yg berada di perairan antarabangsa tidak boleh diserang.

Di sini kita nampak memang mereka (komando) salah seratus peratus. kerana melancarkn serangan di perairan antarabangsa.

Dr syed juga mnceritakan bahawa beliau nampak lambang2 spt NESTLE dn MC DONALD di dlm helicopter yg digunakan komando2 tersebut. ini menandakan wajib bg kita memboikot barangan tersebut.

Skrg menurut dr syed kita dapat membantu dlm 3 bentuk pertolongan:

1) Memboikot barangan2 yg menyumbangkan kpd israel
2) Menginfa'kan / sedekah kepada tabung palestin
3) mendoakan rakyat palestin



Insya allah, dgn pertolongan ini kita dapat membantu mereka di sana.

No comments:

Post a Comment