Tuesday, November 2, 2010

Exam dunia vs Exam akhirat??

Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada ALLAH swt kerana dengan izin-Nya dapat lagi kita semua bernafas sehinggalah ke masa yang telah ditentukan suatu saat nanti.

Alhamdulillah juga kerna ALLAH telah mengizinkan ana menduduki exam paper EDU 3105 (Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran) baru aje sebentar tadi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….

Sekarang masih tinggal 4 paper lagi utk ana habiskn. Tapi gap antara paper hari ni dgn seterusnya agak jauh lebih kurang seminggu. Jadi kebanyakan dr kami bersenang lenang dahulu masih x memulakan persediaan. Bukanlah ana mengatakan orang lain. Ana tujukan pada diri ana sendiri.

Hal ni membuatkan ana terfikir dan mengaitkan dgn kehidupan di akhirat, di padang masyar nanti pada masa ALLAH menimbang amal perbuatan kita…di waktu itu segala amalan kita baik dan buruk ditimbang. Masa tu, kalau kita nak buat baik sudah tak diterima lagi amalan kita. Yelah dah kiamat. Allah hanya akan menerima taubat dan segala amalan sebelum terjadinya hari kiamat. Jadi amat rugilah sesiapa yg tidak bertaubat sebelum kiamat. Begitu juga orang yang amalannya tidak cukup.

Sebab tu lah, dlm surah al-alaq: 6-7 ada ALLAH menyebut

“sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Kerna dia melihat dirinya serba cukup”.

Manusia yang melihat dirinya serba cukup adalah org yg melampaui batas. Jadi, sebab tu jugalah kita dinasihatkan supaya terus melakukan amal kebaikan selagi kiamat belum berlaku.

Ye la mana tau masa amal kita ditimbang di padang masyar nanti tiba-tiba amal buruk lebih banyak dari amal kebaikan. Sudah semestinya kita akan digolongkn bersama org-org yg rugi. Betul tak? Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menceritakan mengenai neraca timbangan atau ape.

Cuma terdetik di fikiran… kalau exam di dunia kita tahu tarikh dan waktu kita akan berperang (dlm dewan peperiksaan). Jd, semua org akan sama-sama bersaing mengumpulkan bekalan untuk dijadikan peluru yg akan mengena sasaran (bukan peluru hentam keromo ya) semasa menjawab peperiksaan nanti. Tapi, kalau exam akhirat (di mana semua amal kita dikira)? Siapa tahu bila semua tu akan berlaku.? Kita semua tak tahu bila kehidupan kita akan berakhir, tak tahu juga bile akhirat akan berlaku.

Exam dunia boleh la bersedia ikut tarikh, kalo yg memang jenis last minute, esok nak exam baru la sibuk nak cari soalan spot, nota tu la, nota ni la macam2. Tapi berbeza sekali dgn exam akhirat yg tiada tarikh dan masa yg ditetapkan. Kalo ALLAH kata berlaku maka terjadilah. Kita yg tak banyak amal ni akan terkontang kanting sendirian tanpa bekalan yg cukup. Sebab tu la kita kene sentiasa buat amal kebaikan. Kite sendiri pom x tahu amal baik atau amal buruk yg banyak. Jadi, di sini saya nk mengajak semua termasuklah yg berkata-kata ni (saya sendiri) agar sama-samalah kita merasakan diri kita tidak cukup dgn amal kebaikan.

Dalam membuat amalan kita kene jaga solat n yg paling penting jaga hubungan dengan ALLAH (HDA). Sebab pe kene jaga? Sbb kalau kita buat byk amal kebaikan pom tapi tak ikhlas kerna ALLAH semua tu takkan dikira. Jadi, sia-sia la amalan kita ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Disangkakan daun tu dapatkan menadah air, tapi rupanya daun tu tak dapat menampung air tu. Hanya sia-sia aje.

Jadi, sama-sama muhasabah diri masing-masing. Di manakan kita? Adakah amalan kita dah cukup untuk kita menemui Rabb kita di akhirat nanti? Adakah kita comfom masuk syurga? Tidak, semua org x tahu nasib mereka di akhirat nanti. Kerna hanya ALLAH yg mengetahuinya…. Ya..


p/s:

- Ana fikir masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menduduki exam SPECIAL for 4 PISMP SN 1, ain, alya, farah, nad, tiqah, k mas, husna, ana, maya dan semua yg sedang menduduki peperiksaan. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan dlm peperiksaan semester ini dgn izin-Nya. Amiin.

- Jgn lupe usaha, doa dan last kite kene tawakkal. Cemerlang untuk ISLAM! Cayo'!


No comments:

Post a Comment