menuju mardhatillah yg SATU...
dr mana kita datang? untuk apa kita didatangkn? dan ke mana kesudahan kita?
Thursday, September 8, 2011
kembar
ni la kembar dr kelas 2a1. nama diorang amar dan amir. seperti nama adik2 ku. cuma adik2 ku x kembar macam diorang.
subhanallah ciptaan Tuhan...
Tuesday, June 21, 2011
kalau Allah keluarkan bil..
Alhamdulillah hari ni, saya masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk menulis di dalam blog yg tak seberapa ini. Just mau share2 aje. Orang kate “sharing is caring”. Jd, walau sedikit, diharapkan akan dapat memberi input kpd semua.
Ape yg saya nak share?
Hmm tentang sedikit ilmu yang saya dapat dalam halaqah keluarga semasa cuti baru2 ni. Tazkirah ni abahku telah petik dr buku “Online Dgn Tuhan”. Tajuk tak berape ingat…tapi lebih kurang tentang ‘Kalaulah Allah kenakan bil’.
Cuba bayangkan kalaulah Allah keluarkan bil untuk setiap nikmat yang telah Dia berikan? Apa akan terjadi? Sanggupkah kita untuk menjelaskannya atau mungkin akan berhutang?
Jika kita lihat kehidupan kita sekarang, setiap perkara mesti melibatkan bayaran. Sehinggakan nak buang air pun kene bayar kt tandas awam. Ok mari kita sama2 list apakah yang melibatkan pembayaran dalam kehidupan kita?
1- Air
2- Elektrik
3- Sewa rumah/hostel
4- Makanan
5- Minuman
6- Transport
Tu sumer yang kite nampak n perlu bayar. Tapi kalo benda yang memang kite tak sedar dan perasan. Cube kita sama2 list.
1- Udara
2- Haba
3- Mata
4- Telinga
5- Hidung
6- Mulut
Dan banyak lagi yg lain2 sehingga tak terhitung. Semua ni adalah nikmat yang Allah berikan pada kita sebenarnya. Nikmat2 ni, Allah tak pernah mintak kita sume bayar, tak pernah Allah keluarkan bil-bil dan mintak kita bayar.
Kalo nak dibandingkan dengan bil air, elektrik, transport jauh sangat bezanya. Kalo kita x bayar, air akan kena potong.. menyebabkan terputusnya bekalan air ke rumah kita. Tapi, tak pe. Kita boleh cari air kt sungai ke untuk kegunaan.
Cuba pula kita bayangkan jika Allah keluarkan bil dan mintak kita bayar udara yang telah Dia berikan, Mungkin sangat banyak sehingga tertunggak. Ye la, mana taknya…
Jumlah udara = minit X jam X hari X bulan X tahun
Mestila banyak!! Ha, kalau kita tak nak bayar. Lama kelamaan akan kene potong. Cube kita bayangkan hidup tanpa udara, boleh ke kita semua??? Sampai bile boleh bertahan??
Ya, kita takkan bertahan lama jika hidup tanpa udara.
Tapi, kt dunia ni Allah tak mintak pom bayaran untuk setiap nikmat yang Dia berikan. Betapa pemurahnya Allah. Tu pom ada yang tak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Gunakan kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah untuk melakukan perkara2 maksiat dan yang hampir pd maksiat.
Jadi, insaflah kita semua, Allah maha pemurah. tak kire pd kita. walaupun kite x bersyukur pd-Nya, tapi Dia tetap bagi nikmat pd kita. Sanggupkah kita membalas semua nikmat yg Allah berikan dgn ingkar perintah-Nya??
tepuk dada tanye diri...
Musim Baru
harapnye sihat2...
Jadi sebagai hamba kite sepatutnya berterima kasih pd Allah. Macamana?
Selain itu, kita amat perlu untuk membalasnya dengan mentaati perintah dan larangannya. Sama2 muhasabah.. adakah kita mentaati-Nya??
Sempena semester baru ini juga page saya telah bertukar wajah. Bukan apa, cume nak ubah mood je. Bosan background same aje kan??
Semester ni hanya 2 minggu aje blajar pd awal sem. Minggu ke-3 kami sume akan menjalani praktikum fasa II. Maknanya, kami akan bergelar guru praktikum selama 2 bulan.
So, saya doakan sume guru praktikum akan dapat melaksanakan tugasan sepanjang praktikum dengan jayanya. Insya allah.
Sunday, May 15, 2011
exam, coming soon...
ya exam sudah tiba..
rasa macam sekejap aje masa berlalu meninggalkan kita
betullah ape org kate masa itu tak menunggu kita bahkan kita la yg kene mengejarnya
pejam celik pejam celik..
da sampai akhir sem da
ni pom exam yg akan tiba ni...
ntah ape la saya studi
byk lg x studi..preparation for exam tu kurang
malas ni menguasai diri
Ya Allah jauhkan aku dan rakan-rakanku dari sifat ini
Mohon bantulah hamba-Mu ini dalam mencapai redha-Mu
Jagailah hati-hati kami ini
agar sentiasa mengikhlaskan niat untuk belajar demi ISLAM yg tercinta
Amiiin...kuatkan semangat kami melawan hawa nafsu tido yg berlebih-lebihan
Jauhkan juga dr suka membuang masa
Friday, March 25, 2011
Praktikum fasa 1
salam teman-teman semua..
dah lama saya menyepi, mungkin krn ketandusan idea n mungkin juga kerna kesibukan dunia yg melanda...
pelbagai perkara yg berlaku sejak akhir2 ni..
dgn tsunami nye, gempa bumi, peperangan, rampasan kuasa dn byk lg perkara2 dn tragedi2 yang tak pernah terpikir pom akan berlaku...
mungkin ALLAH nk bg petunjuk kot kat kite semua yg kiamat dah dekat...mungkin esok or mungkin lusa...kite sbg manusia hanya berdoa berusaha dan bertawakkal aje dan selebihnye kembali pada ALLAH kerna DIA yg mencipta kita, jadi DIA la yg akan menentukan bila tugas kita akan habis di dunia ini..bila kita aka kembali kepada-Nya...
persoalannya sekarang, bukan bila kiamat akan berlaku tapi persoalan yang PENTING perlu ditanya pada siri sendiri adalah brp byk amaln yang da kita lakukan atas dunia ni..adakah cukup utk kita jadikan sbg bekalan ke akhirat nanti????
skrg saya sedang menjalani praktikum fasa 1 selama 4 minggu. Sekolah yg diberikan kepada saya SK Kg Baru Tok Dor. sekolah tu ok bagi saya, tahun lepas pernah jadi sekolah terbaik upsr seramai 14 dr 25 org student dapat 5A. Pernah dapat Anugerah Saujana kerana kecemerlangannya. Sek tu jauh la juga dr institutku lebih kurang 30 minit dr institut. Jadi, kami perlu bertolak pukul 6.45 am la lebih kurang utk ke sekolah.
Memang x boleh nk lambat2 lagi la cam student dulu2...kene sharp..maklumla jadi guru praktikum kan..kene jaga la...
Perasaan?? hmm, alhamdulillah semuanya baik2 kot x penat sgt naik turun tangga sbb sekolah tu kecik je x de bangunan 2 tingkat. jadi x de la penat naik turun tangga cam kt ipg. kelas pom satu darjah hanya satu kelas aje. saya ditugaskan untuk ngajar darjah 2 dan darjah 4. darjah 2 ade 20 orang darjah 4 hanya 17 org student je. Sikit je la, tapi agak susah nk ajar sbb murid yang pelbagai level diletakkn dalam satu kelas. kene amik kire la diorang punye level tu mase ngajar sbb kalo ajar laju sgt yg lemah x dpt ikut. Kalo ajar lambat murid yang cepat jadi boring...hmmm susah2, pikir semua ni...
agak penat jadi guru praktikum ni sbb byk benda kene wat dgn rph , portfolio, alat bantu ngajar. kt sekolah plak guru2 mintak tolong buat koko la..balik penat. Kene sentiasa jage hati. ya IKHLAS. kalo x de keilkhlasan hmmm sia-sia je la ngajar. Agak susah nk jage keilhlasan tu. yela buat sesuatu sbb tugas semata-mata. Hmmm… YA ALLAH Kau berikanlah dan campakkanlah keiklasan dlm hatiku dlm membuat segala perkara.
mudahkan urusan ku dan urusan rakan-rakan ku yang lain..amiiin
Tuesday, November 2, 2010
Exam dunia vs Exam akhirat??
Alhamdulillah juga kerna ALLAH telah mengizinkan ana menduduki exam paper EDU 3105 (Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran) baru aje sebentar tadi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….
Sekarang masih tinggal 4 paper lagi utk ana habiskn. Tapi gap antara paper hari ni dgn seterusnya agak jauh lebih kurang seminggu. Jadi kebanyakan dr kami bersenang lenang dahulu masih x memulakan persediaan. Bukanlah ana mengatakan orang lain. Ana tujukan pada diri ana sendiri.
Hal ni membuatkan ana terfikir dan mengaitkan dgn kehidupan di akhirat, di padang masyar nanti pada masa ALLAH menimbang amal perbuatan kita…di waktu itu segala amalan kita baik dan buruk ditimbang. Masa tu, kalau kita nak buat baik sudah tak diterima lagi amalan kita. Yelah dah kiamat. Allah hanya akan menerima taubat dan segala amalan sebelum terjadinya hari kiamat. Jadi amat rugilah sesiapa yg tidak bertaubat sebelum kiamat. Begitu juga orang yang amalannya tidak cukup.
Sebab tu lah, dlm surah al-alaq: 6-7 ada ALLAH menyebut
“sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Kerna dia melihat dirinya serba cukup”.
Manusia yang melihat dirinya serba cukup adalah org yg melampaui batas. Jadi, sebab tu jugalah kita dinasihatkan supaya terus melakukan amal kebaikan selagi kiamat belum berlaku.
Ye la mana tau masa amal kita ditimbang di padang masyar nanti tiba-tiba amal buruk lebih banyak dari amal kebaikan. Sudah semestinya kita akan digolongkn bersama org-org yg rugi. Betul tak? Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menceritakan mengenai neraca timbangan atau ape.
Cuma terdetik di fikiran… kalau exam di dunia kita tahu tarikh dan waktu kita akan berperang (dlm dewan peperiksaan). Jd, semua org akan sama-sama bersaing mengumpulkan bekalan untuk dijadikan peluru yg akan mengena sasaran (bukan peluru hentam keromo ya) semasa menjawab peperiksaan nanti. Tapi, kalau exam akhirat (di mana semua amal kita dikira)? Siapa tahu bila semua tu akan berlaku.? Kita semua tak tahu bila kehidupan kita akan berakhir, tak tahu juga bile akhirat akan berlaku.
Exam dunia boleh la bersedia ikut tarikh, kalo yg memang jenis last minute, esok nak exam baru la sibuk nak cari soalan spot, nota tu la, nota ni la macam2. Tapi berbeza sekali dgn exam akhirat yg tiada tarikh dan masa yg ditetapkan. Kalo ALLAH kata berlaku maka terjadilah. Kita yg tak banyak amal ni akan terkontang kanting sendirian tanpa bekalan yg cukup. Sebab tu la kita kene sentiasa buat amal kebaikan. Kite sendiri pom x tahu amal baik atau amal buruk yg banyak. Jadi, di sini saya nk mengajak semua termasuklah yg berkata-kata ni (saya sendiri) agar sama-samalah kita merasakan diri kita tidak cukup dgn amal kebaikan.
Dalam membuat amalan kita kene jaga solat n yg paling penting jaga hubungan dengan ALLAH (HDA). Sebab pe kene jaga? Sbb kalau kita buat byk amal kebaikan pom tapi tak ikhlas kerna ALLAH semua tu takkan dikira. Jadi, sia-sia la amalan kita ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Disangkakan daun tu dapatkan menadah air, tapi rupanya daun tu tak dapat menampung air tu. Hanya sia-sia aje.
Jadi, sama-sama muhasabah diri masing-masing. Di manakan kita? Adakah amalan kita dah cukup untuk kita menemui Rabb kita di akhirat nanti? Adakah kita comfom masuk syurga? Tidak, semua org x tahu nasib mereka di akhirat nanti. Kerna hanya ALLAH yg mengetahuinya…. Ya..
p/s:
- Ana fikir masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menduduki exam SPECIAL for 4 PISMP SN 1, ain, alya, farah, nad, tiqah, k mas, husna, ana, maya dan semua yg sedang menduduki peperiksaan. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan dlm peperiksaan semester ini dgn izin-Nya. Amiin.
- Jgn lupe usaha, doa dan last kite kene tawakkal. Cemerlang untuk ISLAM! Cayo'!
Friday, October 29, 2010
Special For U..
Harapnya antum semua dah bersedia. Berusahalah selagi masih ada waktu.
Kerna kejayaan itu takkan datang bergolek. Tapi ingtlah adik2 ku sayang , usaha itu hanya wasilah untuk mencapai kejayaan. Ingtlah yang menentukan natijahnya adalah ALLAH. Jadi, di samping berusaha perbaikilah juga iman, jaga HDA yang penting.
Ingatlah, bahawa pak cik2, mak cik2, cikgu2 dan kami semua mahukan antum semua graduate dr SMASKL dgn membawa sijil kecemerlangan dunia dan akhirat.
Ketahuilah juga, dunia di luar banyak dengan dugaan yang berat.
Jadi, sementara antum masih berada di kg laut, manfaatknlah waktu itu. Timbalah sebanyak mungkin ilmu sebagai bekalan di masa akan datang.
Akhir kata, buatlah yang terbaik dlm SPM nanti..