Friday, May 7, 2010

Dial jgn tak dail

Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku...


Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:


Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".


Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."


Atau....


Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:


"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."


Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:


"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,


Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"


Atau mungkin juga Anda mendengar ini :


Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cuba lagi esok."


atau...


Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin

selepas pukul 9 pagi."


Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap
saat!!!


Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah
menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.


Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434


2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya


Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini
: 28443483


2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir


Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim &
Hadis Rasul"


Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.


Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!


Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu
mungkin mereka sedang memerlukannya


Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau
sebanyak buih laut"


7 Kalimah ALLAH:


1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak
patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa,
karena sudah biasa.

Promo Perhimpunan Perdana Palestine



Perhimpunan Perdana PALESTIN

Tarikh : 8 Mei 2010

Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam

Masa: 5.00 ptg hingga 11.30 mlm


Aktiviti Menarik

- Persembahan Nasyid & Sketsa

- Tayangan Video Air Mata Palestin

- Ucapan Wakil-wakil NGO

- Ucapan Wakil dari Palestin

- Penyampaian Sumbangan


Tetamu Jemputan

- Syeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin

- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air



Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda

Kutipan dana akan turut diadakan

Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium


Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)

* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)

* Jemaah Islah Malaysia (JIM)

* Palestinian Center of Excellence (PACE)

* Aqsa Syarif

* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)

* Pertubuhan Mawaddah Malaysia

* Viva Palestina Malaysia (VPM)

* Nasyeed.com

* Mu'adz.com



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami :


Office & Correspondence Address:

Lifeline 4 Gaza

c/o Biro HALUAN Palestin

16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

JANGAN LUPAKAN KAMI..JANGAN LUPAKAN KAMI..JANGAN LUPAKAN KAMI…




Subhanallah, tersentuh hatiku apabila mendengar perkongsian drp Bro Noorazman:


Sampai sekarang masih terngiang-ngiang

“jangan lupakan kami, jangan lupakan kami, jangan lupakan kami”

Perasaan bersalah menyelubungii diri ini. Siapakah aku dihadapan Allah swt nanti?? Adakah aku bukan termasuk dr golongan mukmin: Firman Allah:

“sesungguhnya mukmin itu bersaudara, ….”

Sedangkan aku di sini hanya boleh melihat dr kejauhan. Siapakah aku utk turut sama membantu berjihad di Palestin? Merasa diri sungguh kurang jika dibandingkn dgn saudara di Palestin. HDA mereka sungguh kuat tapi aku?? Di manakah kita?

Bagi mereka suatu keaiban jika tiada seorang pun antara ahli sesebuah rumah yang menghafaz al quran. Tengok sahaja lah kpd para mujahid di sana yg pernah dikurung di dlm penjara dan diseksa.

Memang tidak dapat disangkal lagi Israel bijak. Semua anggota badan telah diseksa dengan teruk sekali. Akan tetapi para mujahid tetap tabah menghadapi ujian itu. Mereka hanya menyibukkan diri mereka dengan berzikir pada Allah. Dengan menyibukkan diri mereka berzikir kpd Allah akan dapat melupakan segala kesakitan seksaaan yg diterima.

Dicucuk setiap urat saraf, diberi renjatan elektrik di kepala, dipijak perut, diketuk setiap tulang rusuk sehingga patah seterusnya menyebabkannya lumpuh seluruh anggota badan dr leher ke bawah.

Syeikh Ahmad Yasin tidak pernah mempersoalkn penderitaan yg diterimanya kpd Allah,tidak pernah merungut sedikit pun atas segala yg diterimanya. Kita bandingkan dengan diri kita ini, memang amat jauh sekali. Walau diuji dengan kesusahan sedikit pun masing-masing terus merungut.

Jika dilihat dr aspek pemakanan, kita masih diberikan kesempatan untuk memakan makanan kegemaran masing-masing. Sebaliknya pula bagi penduduk Palestin yang mana telah sampai masa mereka terpaksa menanam rumput yg cepat panjang bagi dijadikan sebagai makanan harian mereka. Kita masih diberi peluang utk menikmati kelazatan makanan ciptaan Tuhan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berebut untuk membuat derma sebelum 15hb Mei 2010 di mana peserta konvoi akan bertolak ke Gaza insya allah. Insya allah dengan menderma akan dapat membantu mereka sedikit sebanyak demi meruntuhkan tembok kematian.

Siapa2 yg menolong menyiapkan sesiapa yg bantu agama Allah , apa yg mereka dapat kita pon akan dapat sama macam mereka dapat.

Jom kita sama2 membantu saudara-saudara kita di sana!!


TAKBIR...ALLAHUAKBAR!