Sunday, July 18, 2010

UKHUWWAH SEJATI

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran yang setinggi-tingginya pd Sang Pencipta langit dan bumi dan seluruh isinya. Tanpa-Nya tangan ini tidak dapat menari-nari di atas papan kekunci ini demi berkongsi luahan rasa. Dengan sifat Ar-Rahim-Nya juga menyebabkan ana masih dapat meneruskan kehidupan hingga ke saat sekarang. Sifat Ar-Rahim inilah yg meminjamkan oksigen pd kita semua. Jika Allah tarik je oksigen sekejap dr sampai ke peparu kita, maka sudah tentu kita akan mati. Alhamdulillah sekali lagi pd yg Maha Esa…

Pukul 11 pg semalam, ana menerima panggilan dr ummi mengkhabar kpd ana tentang kematian nenek saudara (Tok Teh). Innalillahiwainnailaihirajiuun..Semoga Allah memberkati segala amalannya di atas dunia ini. Amiin…Begitu juga ana agak terkejut mendengar mengenai tok saudara yg koma disebabkan stroke dan sekarang berada di hospital Kuala Terengganu. Ana doakan beliau cepat sedar dr koma.

Keadaan ini membuatkn ana muhasabah balik diri ana sendiri. Adakah cukup amalan ana di atas dunia ini? Jika kita ukur kebaikan yg kita buat di dunia dengan pahala syurga yg kekal ABADI, adakah ianya berbaloi? Dunia hanya sementara. Apa yg kita buat selama kita diberi nafas?

“Dunia adalah sebagai ladang sahaja, akhirat adalah tempat kita menuai hasil tanaman kita di dunia.”

Seringkali kita dengar org sebut-sebut pasal ni. Tpi sejauh mana kita mempraktikkannya di dalam kehidupan kita? Jika kita menyemai benih-benih yg yg asal dr baka yg buruk, maka kita akan dapat hasilnya juga buruk. Begitulah sebaliknya. Misalnya, kita hanya menghabiskan masa didunia ini dengan perkara maksiat, jadi di akhirat nanti kita akan dapat balasan yg buruk akibat perbuatan kita. Mahukah kita semua mendapat sesuatu yg buruk?? Sudah semestinya tidak kan? Jadi ana menyeru semua agar melakukan anjakan paradigma bagi menghadapi kehidupan di akhirat nanti.

Di sini, ana mau sharing sedikit sebanyak apa yg ana dapat dr perkongsian dr beberapa orang yg menyampaikan. Insya allah, Allah akan memberikan pahala pd yg menyampaikan. Bak kata Rasulullah “sampaikanlah walau sepotong ayat”. Mungkin dgn sedikit ini akan dapat membekas di jiwa seseorang. Insya allah.



Sejak akhir2 ini ana sering diingatkan dengan penyampaian yg lebih berkonsepkan kepada membina ukhuwwah. Kemanisan iman akan dapat dicapai dengan adanya ukhuwwah sejati. Tapi di mana kita boleh cari ukhuwwah sejati itu? Adakah dengan hanya duduk begoyang kaki, dengan serta merta ianya akan datang pd kita? TIDAK…Ianya perlukan usaha. Jika kita lihat persekitaran terdekat dgn kita sekarang, umat islam ramai. Ya, ramai. Tapi masing-masing hanya individualistic.

Bukanlah niat ana mahu menghukum seseorang itu individualistic. Di sini, ana merujuk diri ana sendiri. Sesungguhnya, ana merasa amat takut mahu menulis tentang ukhuwwah ini. Kerna ana merasakan diri ana sendiri susah untuk membina jambatan hati dgn seseorang.

Kadang-kadang ana muhasabah diri ana di mana perginya ukhuwwah sejati. Adakah ada atau tak dalam hati ini..susah untuk diperkatakan. Menurut penyapaian mk ck nah, kita kene banyak bertaaruf dgn rakan kita. Bukan hanya di awal perkenalan sahaja taaruf, bahkan proses ini berjalan sepanjang masa. Dan proses ini memerlukan banyak pengorbanan. Pengorbanan dr segi tenaga, jiwa, duit, masa dan sebagainya.

Motivasi diri

Di sini, suka ana mahu share ayat quran yg ana rasakan boleh menjadi motivasi untuk diri ana sendiri. Kemenangan dapat diperoleh hanya dengan pengorbanan.

“Hai org2 beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu dr azab yg pedih?.” (61: 10)
“Iaitu kamu beriman kpd Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu. Itulah yg lebih baik bg kamu jika kamu mengetahui.” (61:11)

Ayat di atas menyatakan bahawa Allah dah offer tawaran perniagaan yg amat menguntungkan kita iaitu yg dapat menyelamatkan diri kita dr azab yg pedih. Perniagaan yg dimaksudkan ialah
- beriman kpd Allah dan rasul-Nya
- berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwa

Jadi amat rugilah sesiapa yang tidak menyahut offer yg ditawarkan ini malahan jika sesiapa yg tidak mengakui kebenaran ayat ini mereka bukanlah org yg beriman. Mengapa ana berkata sedemikian? Kerana di awal ayat Allah mulakan dengan hai org yg beriman!. Jadi sesiapa yg tidak mempercayai jadilah mereka org yg tidak beriman.
Berbalik kpd isi ayat tersebut. Kenapa ianya dpt memotivasikan diri? Sebabnya adalah bila kita rasa berat hati nak buat sesuatu kebaikan yg Allah suruh, kita harus letak ayat tersebut dihadapan. Kemudian fikirkan untuk mendapat keuntungan dr perniagaan ini. Jadi dengan pengorbanan harta dan jiwa akan dapat menyelamatkan kita dari azab neraka. Fokuskn kepada menghindari dr azab neraka.

Jadi, insya allah dgn meyakini keuntungan yg kita akan dapat akan dapat memotivasikan diri kita untuk terus berdiri di atas agama islam yg Agung ini.
Begitu juga dgn diri ana skrg. Ana mahu mebina jambatan hati. Ana harap akan dapat mengikhlaskn hati dalam proses ini. Ameen..