Wednesday, June 30, 2010

The rebirth of TAK 6255

Alhamdulillah, hari ni penulis mendapat msg dr my brother. Msg tu isinya tertaip "The rebirth of TAK 6255". Lalu terus ana bertanya dah amik ke belum keretanya? Bukannya apa, ana dah malas nk percaya dgn janji-janji kosong workshop tu. Sudah beberapa kali berjanji tapi x tepati. Ntah la. So, selagi TAK 6255 tak berada pd tangan kami, ana x kan percaya pd berita ni.



Terus abg ana reply: kereta dah ambil, skrg ade kt kg laut

Ntah ape la abg ana buat kt sana, bukannya nk bawak balik umah terus. isk...ooo mungkin ada tugasan kot sempena "EKSPO SMASKL PERTAMA" mungkin persiapan tempat..
Pape pom alhamdulillah ana panjatkan ke hadrat ilahi krn akhirnya kereta berjasa kembali semula dlm hidupku..

Baru sebentar tadi, ade sorang sahibah ni (k marhamah) post dekat shout out di YM die "waah..smakl semakin meriah, hangat ekspo makin terasa. Ahli IKHLAS mai jgn x mai"

IKHLAS ialah alumni bg pelajar lepasan smaskl, kalau cam ana bukan IKHLAS sbb ana bukan lepasan smaskl. Ana ILIK (ikatan lepasan ibnu khaldun)

Jd esok akan bermulanya ekspo yg pertama-tama kalinya diadakan di SMASKL.. di sini ana mintak maaf sbb tak dapat nk membantu dlm persiapan sempena ekspo ni. Tapi, insya allah ana akan bantu sahibah-sahibah yg lain hari jumaat nanti. Jgn risau!

ni la salah satu bangunan yg didirikan di sekolah smaskl ni... skrg perlu tambah lagi..



Ekspo akn diadakan pd 1-3 JULAI 2010

ape yg menarik sempena ekspo??
sebenarnya ana x berapa tahu jugak tentatif program ni..antara yg ana tahu

-jualan gerai2 makanan, pakaian, buku-buku (keuntungan akan disumbangkn kpd SMASKL)
-Forum BICARA AD-DEEN
-Pertandingan unit beruniform
-anugerah pelajar cemerlang
-persembahan pelajar
-derma darah

n lain-lain

Tujuan utam diadakan ekspo kali ini adalah bg mengutip derma bg membina bangunan tambahan sekolah ini..al maklumlah pelajar semakin bertambah, so bangunan pom kene bertambah la juga..

So, dijemput semua agar sama2 memeriahkn suasana ekspo smaskl..jom kita membeli sambil menderma..

Tuesday, June 22, 2010

Mengenang kembali tragedi 8 april

Tiada kata lagi yg patut diucapkn selain ungkapan keramat “Alhamdulillah”. Krn dgn izin-Nya KAS 1, dapat dilaksanakn dgn jaya-Nya. Pengalaman yg amat berharga bersama adik2 SRIQ. Semoga antum dapat istiqomah dgn amalan2 yg dilaksanakan semasa kem berlangsung. Hadamkn isi nasyeed “anak soleh” tau. Sungguh penat melayan kerenah2 antum semua, penat fasi lg berbanding peserta. X tau la nk cakap macamane. Tapi Alhamdulillah x de yg nakal2 sgt! Tahniah buat antum.

SAYA... Sayang Allah!
KAMI... Anak soleh!

So, tunjukkn bhawa antum betul2 anak soleh.. bukan di KEM shj tau!

Di sini bukan ana nk bercerita tentang KAS atau tazkirah or pape pom… Cuma teringat tragedy 8 april lepas.. ana terlibat dgn accident berhampiran IKBN wakaf tapai. Agak teruk juga la. Habis kereta ummi disbbkn ana. Kalo tengok pd sebut harga mencecah 20 ribu la lebih kurang. Mane la x teruk, sampai patah tiang elektrik tepi jalan..isk,isk,isk…



Ana sendiri pom x caya ana boleh buat kereta macam tu. Tapi Alhamdulillah Allah masih sayang ana, izinkn ana hidup hingga hari ini. Lagipun, Allah nk tunjukkn pd ana dan juga antum semua….bile rase ngantuk kene berhenti dulu..rehat. macam ade kate pepatah “biar lambat asal selamat”. Betul x kawan2??

Kadang2, bukan kita semua x tahu semua tu. Tapi sebenarnya disbbkn hati kita tu yg malas nk ambil CAKNA apa yg org kata. Padahal boleh je ana berhenti tepi jalan, tido ke 10 minit… insya allah boleh drive dgn selamatnya. Tapi, ntah knp la ana ni malas sgt nk berhenti tepi jalan. Mungkin dah ketentuan Allah nk bg pengajaran kt ana agar lain kali kene REHAT cukup dulu baru jalan.

Mungkin ade yg tanye knp ngantuk sgt k? x leh tunggu sampai umah dulu?? Ye ana mmg sgt ngantuk mase tu..macam2 cara ana buat supaya dpt elak ngantuk cthnya: bukak nasyeed kuat2, ikut bernasyeed sekali dgn kaset tu, tutup aircond bukak cermin tingkap agar x rase ngantuk diulit aircond yg nyaman..tapi x kesan gak

Knp ana ngantuk? Mungkin disbbkan x tido semalaman buat esaimen, pas tu pg tu kene handle budak2 sekolah dlm BIG then, terus je drive balik ganu.

Walau byk cara ana buat supaya x ngantuk, tapi semuanya x berhasil. Ye kita hanya merancang, tapi Allah yg menentukan. Kita sbg hamba-Nya kene kembali balik muhasabah diri kembali…. Allah dah tentukan ana akan terlibat dgn accident ni. Jd ape2 pom ana kene terima. mungkin ni cara Allah nk uji ana..takkan berhati2 selagi x betul2 kene..

Bile dihitung hari, rasenya dah nk masuk 3 bulan kereta berjasa TAK 6255 masuk bengkel. Dah byk kali juga my parents tanye pihak bengkel bile kereta nk siap. Tapi, dah byk juga janji yg tidak dikotakan. Bese la tu. Kate 2 minggu lagi tapi bile tanye balik, katenya baru nk pasang la, baru nk cat la..

Tapi x pe, Alhamdulillah cuti maktab lebih seminggu dr cuti sekolah dan skrg ditambah satu hari lagi. Org kate sbb Terengganu menang SUKMA. So, MB bagi cuti la kt kami semua rakyat ganu. Jgn jeles ye yg bukan ganu. Ana pom bukannya tahu sgt pasal cuti menang SUKMA ni. Dah org bg cuti, ana ikut je la.

Ptg tadi pom, abah ana call worshop tanye pasal kereta. Workshop tu kate akan siap esok. So, ana mohon agar betul2 siap esok kereta TAK tu. Ana mohon antum semua yg bace blog ni agar same2 doa agar kereta ana tu sembuh esok.. kesian kereta tu dah lama dirawat. Kalau la kereta tu ade perasaan…mesti die marah ana sbb dah rosakkn die…maap byk2 ye kereta. heeh

Sunday, June 13, 2010

perkongsian roadshow di KT

Alhamdulillah dgn izin-Nya dapat juga ana menyertai sahabat dan sahibah yg lain dlm menjayakan roadshow kali ini.

Kami ditugaskn utk menyambut ketibaan Dr Syed Haleem di airpot seawal jam 7 pg lagi. Dgn izin Allah flight yg dinaiki oleh belia ditunda menyebabkn kelewatan. Akhirnya, beliau tiba pd pukul 8.45pg.



Beiiau telah berkongsi pengalaman di beberapa tempat:

-sek men agama swasta kampung laut
-dijemput utk on air bersama radio terengganu
-masjid putih
-masjid kg batin
-masjid batu burok

dlm perkongsian beliau menceritakan pengalaman di atas kapal dan semasa detik2 cemas ketika diserang oleh komando2 israel. Bagaiman Allah menolong mereka dgn mendatangkn angin yg kuat yg seterusnya membawa gas2 pemedih mata hilag dr kapal.

beliau juga turut menceritakan bahawa komando2 israel ini sebenarnya penakut kerana mereka takut utk bertentang mata dgn peserta konvoi. Mereka akan terus melarikan pandangan mata jika tertentang dgn peserta konvoi.

Dr Syed juga menceritakn bahawa beliau meminta supaya komando menghantar beberapa peserta yg cedera ke hospital dgn segera. Akan tetapi dgn tidak malunya komando tersebut mengatakan bahawa ini adalah perairan antarabangsa. Oleh itu, susah tidak boleh menbawa peserta yg cedera dgn sewenang-wenangnya ke hospital di israel. Di sini dengan tidak malunya mereka mengaku bahawa ini adalah perairan antarabangsa. Tetapi mereka tetap menyerang kapal. Jika diikutkan peraturan antarabangsa, kapal yg berada di perairan antarabangsa tidak boleh diserang.

Di sini kita nampak memang mereka (komando) salah seratus peratus. kerana melancarkn serangan di perairan antarabangsa.

Dr syed juga mnceritakan bahawa beliau nampak lambang2 spt NESTLE dn MC DONALD di dlm helicopter yg digunakan komando2 tersebut. ini menandakan wajib bg kita memboikot barangan tersebut.

Skrg menurut dr syed kita dapat membantu dlm 3 bentuk pertolongan:

1) Memboikot barangan2 yg menyumbangkan kpd israel
2) Menginfa'kan / sedekah kepada tabung palestin
3) mendoakan rakyat palestin



Insya allah, dgn pertolongan ini kita dapat membantu mereka di sana.

kesibukan melanda

alhamdulillah akhirnya detik ini dapat jua ana mencoretkn sedikit sebanyak di laman ini.

memang masa amat penting bagi kita. masa semakin meninggalkan kita tanpa ana sedari sudah 2 minggu ana bercuti. rasa macam baru je kejap cuti. Tapi nk buat camane. masa x tunggu kita bahkan kita la yg perlu mnegjarnya.

seperti kata pepatah bahasa arab "masa akan memotong kita jika kita tidak memotongnya".
ana amat setuju dgn pepatah ini. insya allah masa-masa yg telah ana lalui sepanjang cuti ini akan diredhai Allah.

memang ana disibukkan dgn pelbagai aktiviti sepanjang cuti ini antaranya:

- urusetia kem asah fakulti insan (KAHFI)di Tasik Kenyir
- meeting postmoterm KAHFI
- roadshow peserta LL4G di Kuala Terengganu (Dr Syed Abd Haleem)
- menyambut ketibaan beliau di airpot KT
- menyertai roashow dr pg sampai malam
- keesokannya pergi REUNION sek men agama mahmudiah
- meeting Kem Anak Soleh
- menyertai TOT kem anak soleh
- 15hb -17hb mula kem anak soleh di Pusat Kokurikulum di Bukit Kolam

doakan ana ikhlas dlm membuat kerja2 islam ini. insya allah. Ana juga mendoakan anda semua sentiasa mengikhlaskn diri dalam meneruskan hidup ini. Ameen.,,

doakan pogram Kem anak soleh (KAS zon timur)akan berjalan dgn lancar.

Monday, June 7, 2010

Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI 2010)

Alhamdulillah, akhirnya KAHFI telah melabuhkn tirainya. Program yg berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh pelajar SMASKL dr form 1 hingga form 5. Ucapan TAHNIAH ditujukn kpd semua peserta KAHFI kerana sanggup mengorbankan masa cuti sekolah ini demi menjayakan KAHFI ini.




barisan fasi sahabat KAHFI

barisan peserta KAHFI sahabat dan sahibah


Tidak dilupakan juga jutaan TAHNIAH kepada ahli committee dn juga fasilitator dr negeri terengganu, kelantan dan juga pahang dalam menjayakan KAHFI ini sejak seminggu yg lepas lagi telah bertungkus lumus menyiapkn kertas kerja dan persediaan lain lagi.

Alhamdulillah ana berpeluang mengikuti TOT yg dilaksanakn pd 3hb Jun. Di sini ana mahu berkongsi pengalaman menjadi committee KAHFI. Walaupun ana ditugaskn menjadi AJK TTK, dlm masa yg sama bertugas sbg ajk masakan. Begitun juga dgn committee yg lain. Mereka terlibat dgn masakan. Fasi tidak digalakkan betugas sbg ajk masakan krn mereka mempunyai tugas yg penting iaitu bersama dgn ahli grup masing2.

ptg jumaat diadakan ice breaking dn team building
seterusnya peserta dibahagikn mengikut khemah2 yg akan didiami

pada mlm nya pula slp kultum dr peserta dn solat pk cik ghazali maarof dr KTD dijemput utk memberikan pengisian yg bertajuk "cabaran remaja". seterusnya diadakan LDK berdasarkn kpd pengisian itu.



sementara menunggu pk cik dtg peserta dilatih NASYID TEMA program KAHFI ini.



Seterusnya diadakan pengisian yg bertajuk "tarbiyah dzatiyah" oleh pk cik kamaruddin dr kelantan.



Seterusnya LDK dr peserta berdasarkn kpd pengisian tersebut





seterusnya peserta diberi taklimat mengenai explorace yg akan dijalani. Peta turut diberikan bagi penunjuk jalan.



peserta kemudiannya dilepaskn. Dgn berpandukan kpd peta yg disediakan mereka perlu mencari jalan utk tiba ke setiap checkpoint yg ditetapkn.



setiap checkpoint disediakan aktiviti yg perlu dilaksanakn oleh peserta




Pada mlmnya diadakan taklimat mengenai keArah oleh pk cik zahari. Slot ini memperkenalkn keArah dn aktiviti yg berkenaan. Seterusnya peserta dibahagikn kpd 4 kumpulan mengikut negeri masing2. mereka diminta untk merangka aktiviti yg akan dilaksanakn semasa cuti sek ini mengikut negeri masing2..




pada pukul 3 pg peserta dikejutkn secara mengejut. Ini krn bagi meneruskn aktiviti yg surprise bg mereka semua iaitu 'malam aqidah'. Memang agak kesian jika dilihat keadaan mereka semua krn tidak mendapat rehat yg cukup. Akan tetapi aktiviti ini penting bg mereka. Menurut aktiviti ini, mereka diberi dua btg lilin utk dijaga sepanjang perjalanan setiap checkpoint. Sepanjang perjalanan mereka akan diganggu oleh fasilitator dn urusetia. Fasi akan berusaha meniup lilin mereka. Sbg peserta mereka perlu menjaga lilin tersebut. Lilin adlh simbolik bg aqidah yg dibawa mereka. Merela perlu mempertahankn aqidah mereka drp diganggu musuh atau karat2 jahiliyyah.

Keesokan pgnya, mereka dilibatkn dgn sesi hati ke hati oleh fasi dan juga peserta. Seterusnya, kalimah akhirah drp pk cik saufi dn penyampaian hadiah dn sijil kpd peserta dan juga fasi.

Seterusnya, peserta diminta utk melaksanakan amal jamaie di setiap kawasn penginapan. Diharapkn dgn adanya KAHFI kali ini peserta dpt meningkatkn diri dn mempersiapkn peribadi dlm menghadapi cabaran hidup sesuai dgn tema KAHFI kali ini "kearah menongkah cabaran".

Takbir Allahuakbar!

Thursday, June 3, 2010

coundown KAHFI

salam semua, esok kelab fasi keArah trg akan menganjurkn Program KAHFI (kem asah fakulti insan). KAHFI ZON TIMUR ini akan diadakn di Pengkalan Gawi insya allah. moga Allah berikn cuaca dn iklim yg sesuai bg menjalani program ini. Insya allah..Ameen.




jd siang tadi kami semua sbg urusetia dn fasi telah bertungkus lumus menyaiapkn preparation barang2 yg perlu dibeli dn dibawa bersama. mmg semua 80% diserahkn kpd kami semua. PC dn MC hanya sbg pemerhati dan masak.

Tapi insya allah MC jgn risau kami urusetia akan menolong MC menyiapkn makanan bg semua peserta. dont worry be happy! ok jumpe di sana semua adik2 peserta..

coundown KAHFI..

waaa penatnye ari ni..TOT satu hari.
Tempat : lagoon, masjid terapung



katenya start 8.30am-4pm. Tpi nampaknya semua commitee bersungguh2 buat kerja yg x siap lg. beli hadiah sampai maghrib. yg lain sampai kul 1 pg pom masih duduk SRIQ..sory x dpt eden nk nolong k pah ye. as AJK TTK.. fasi semua how? dah hadam semua modul?? moge semua leh menghadamnya agar dapat buat yg terbaik KAHFI esok. Same2 mohon doa agar Allah permudahkn urusan kita semua.

insya allah esok ana akan kutip daun pandan n daun limau purut (utk masakan) ops ana lupe nk goreng keropok..jgn marah ye k syu...

ok sampai sini je entry mlm ni, ana nk g kemas barang..bimbang x sempat esok. pening nk bawak baju brp helai? al-maklumlah kita kan fully khemah kali ni..kalo dulu ade la jugak chaletnye.. tapi skrg zaman dah berubah, jd kene lebih ketahanan diri. lebih challenger la org kate. barulah namanya KEM.. heheeh..ke camane pengarah??

ok bye..salam...moge same2 kita doakn agar program yg dirancang ini akan success!!!
kita sbg HAMBA hanya merancang ttp SANG PENCIPTA (ALLAH) yg berkuasa menentukan segalanya.. moge berjaya!!! insya allah

TAKBIR! ALLAHUAKBAR!

Tuesday, June 1, 2010

REUNION

Alhamdulillah kerana dgn limpah kurnia-Nya dapat lagi ana menikmati nikmat yg telah disediakn Allah bagi kita semua. Tanpa nikmat sihat dan masa lapang sekarang mungkin ana tidak dapat menulis di sini pd saat ini.



Syukur pd Allah juga pd hari ahad yg lepas ana dn sahibah2 yg lain dpt berjumpa setelah sekian lama terpisah. Ye sahibah ibnu khaldun gen 6. Alhamdulillah setakat hari ini dah dua org dr sahibah telah membina baitul dakwah. Tahniah buat JUWAIREYAH dan BALQIS. Semoga dapat melahirkn para mujahid dan mujahidah yg berjuang di jln Allah. Ameen.



Semua sahibah telah muncul dgn wajah baru begitu juga dgn sahabat. Walau kita semua bukan lagi di dalam satu kelas yg sama, tapi moga hati-hati kita semua tetap bersama. Semoga semua sentiasa istiqomah dlm perjuangan ini. Di sebelah ptg pula, kami semua (sahibah) pergi beriadah dgn bermain bowling. Ini bukan bowling padang tapi reality bowling betul2. Ana dapat 61 mata. Tahniah buat izzah krn menjadi johan bowling. Pd sahibah yg lain jgn kecewa, ada byk lagi peluang lain. Hehe

P/S: -Thanks buat Mariah krn telah menyediakan penginapan dan pengangkutan buat kami semua. Kirim salam kt ur parents.
- Love u all my friends. Uhibbukum fillah