Saturday, August 7, 2010

alhamdulillah selesai..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita pada Allah swt kerana dgn izin-Nya dapat lagi kita semua bersua di alam maya ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, para tabi', tabi' tabiin serta sesiapa sahaja yg menjadi rantai kepada perjuangan baginda hingga ke hari akhirat...



akhirnya, selesai juga mengkhatamkan kisah seorang sahabat Rasulullah yg DIJANJIKAN syurga. Beliau ialah khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Beliau memang layak masuk syurga.

Jika dibaca sejarah hidup beliau, tampuk pemerintahan beliau adalah selama 2 tahun 3 bulan sahaja. Akan tetapi beliau dapat menyebarluaskan pengaruh islam ke serata dunia. Jika dilihat saidina umar al-khattab dapat memperluaskan empayar islam ke 2/3 dunia. Ini semua adalah juga hasil usaha saidina Abu Bakar selama pemerintahan beliau.

Jika ditanya apakah jasa terbesar yg dibuat oleh beliau sehinggakan dijanjikan syurga? memang tidak dapat diluahkan dengan perkataan. Teramat banyak...seperti memperluaskan empayar pemerintahan islam. Beliau sendiri yg turun dlm medan peperangan. Beliau jualah yg memerangi kaum yg enggan membayar zakat, yg menjadi nabi palsu..

semua harta yg dipunyainya dikorbankn utk islam dan org2 islam..baginya semua harta bahkan nyawanya adalah milik Allah semata-mata. Allah hanya meminjamkan kpdnya sementara sahaja.

dilihat dr peribadinya. Beliau mempunyai sifat kerendahan hati. Ada satu ketika Raja negeri Yaman, Dzul Kalak dtg utk berjumpa dgn Saidina Abu Bakar. Raja tersebut dtg dgn memakai pakaian kebesaran istana dgn diiringi oleh pengikut-pengikutnya. Raja tersebut membayangkan akan berjumpa Saidina Abu Bakar di istana seperti raja-raja lain yg mempunyai istana. Akan tetapi Raja tersebut sangat terkejut kerna melihat Saidina Abu Bakar hanya tinggal di rumah biasa sahaja dgn berpakaian lebih rendah darjat kebesaran dr para pengikut Raja Dzul Kalak itu. Terus Raja tersebut menanggalkan pakaian kebesarannya melihat kerendahan hati Saidina Abu Bakar.


Beliau juga sangat berjaga-jaga setiap apa yg dimakannya. Beliau akan menyelidiki dr mana datangnya makanan tersebut. Ada satu peristiwa di mana seorang hamba datang membawa makanan kepada Saidina Abu Bakar dan terus beliau menyuapkannya ke dlm mulut. Hamba tersebut amat pelik kerana selalunya Saidina Abu Bakar akan bertanya terlebih dahulu dr mana datangnya makanan yg dibawanya. Akan tetapi pd hari itu, kerana kelaparan beliau tidak sempat bertanya. Lalu hamba tersebut bertanya akan hal ini. Justeru itu, beliau bertanya mengenai asal makanan tersebut. Hamba tersebut menyatakan bahawa makanan itu adalah hasil dr kerjanya menjampi serapah. Lalu Saidina Abu Bakar terus berusaha utk memuntahkan makan itu semula. Di sini jelas pd kita bahwa beliau amat berhati-hati dlm hal pemakanan. Cuba refleks balik diri kita, adakah kita seperti beliau?

Jika dilihat pula semasa Rasulullah menceritakan tentang isra' dan mikraj, beliau merupakan org pertama yg mengakui kebenaran kisah tersebut. Jika kita mengatakan bahawa pergi ke langit dunia dlm masa satu malam shj mungkin org akan mengatakan bahwa kita sudah gila. Begitu jua pd zaman Rasulullah saw, semua org tidak mempercayainya. Tapi, Saidina Abu Bakat tanpa banyak bicara terus mempercayai Rasulullah saw.

Banyak lagi jasa-jasa Saidina Abu Bakar ra dlm islam ini. Jadi marilah sama-sama kita mencontohi beliau..

minggu ni start kisah sahabat kedua yg dijanjikan syurga, Saidina Umar Al-Khattab ra. semoga apa yg dikongsikan akan menjadi ikutan bagi semua org..